Zamrah Mamat


Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku
ada mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka,
orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya.
Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana
rumahnya Zamrah Mamat. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut,
tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku
tinggalkan nota "zamrah tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia
tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah
tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa
ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar-keluar lagi.
Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu
kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan
tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa
perhubungan awak dgn Zamrah. Aku katakan kawan aje....dan dia pun
mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Zamrah
adalah isterinya dan Mamat adalah namanya. Aku malu teramat sangat,
kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku ZAMRAH BTE MAMAT rumah
yang aku datang ni rumah Zamrah dan Mamat.
0 Responses