"Penyakit Kencing Masam"


Pak amat menghidap penyakit kencing manis...setiap bulan dia ada temujanji dengan
doktor,maka seawal pagi dia telah terpacak di hospital...tunggu punya tunggu tapi
namanya masih belum dipanggil...pak amat terus menanti dengan sabar...

Tetiba datang sebuah ambulan membawa mangsa kemalangan...maka bergegaslah
para doktor dan jururawat bagi membantu mangsa yang cedera parah...Pak amat
yang melihat keadaan itu berasa pelik dan dengan rasa tak puas hati lantas bertanya
pada pesakit di hadapannya...

Pak Mat : dik..apa pasal tu...kita dah lama tunggu tapi dia yang dipanggil dahulu..

Adik : kes kecemasan Pak Cik....(dlm
loghat kelantan)
Pak Mat : Oh..kencing masam...rupa-rupanya kencing masam lebih bahaya dari
kencing manis ya?

Adik :????????????

"Nenek"



Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin
pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum
sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!".
"tapi kau telanjang !!!???" marah si nenek .
"ini BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan
"ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap
nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti
akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek" pinta
si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri
melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek
mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia
dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai
di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan
minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati
si nenek berbogel kat depan pintu.

"kenapa dengan kau nie ... buang tebiat???" marah si atok tadi.
"ini lah BAJU CINTA bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA???......kalau iye pun, iron la dulu baju tu"

logik

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik (L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macam mana ni.

L : Tentulah tidak membantu, logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana
cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

"Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba"



Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk
yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak
sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya."

"Anjing Pintar"


Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.
Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran
binatang peliharaan mereka.
Perempuan 1: "Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual
akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku
sedang bersarapan."
Perempuan 2: "Ya, aku tahu tu."
Perempuan 1: (hairan) "Dari mana kau tahu?"
Perempuan 2: "Anjing aku yang cerita."

"Tingkap Pecah"



Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia
menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah
seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu
keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil
bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi
dan berkata pada wanita tersebut, "Ayahku akan datang dan
membetulkan tingkap tersebut."

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan
berkata pada wanita tersebut, "Maaf. Saya mahu membetulkan tingkap
anda..."

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk
membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap,
budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya
sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang
upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata,
"Bukankah anda ayahnya?"

Lelaki itu pun berkata, "Apa, bukankah anda ibunya?"

Zamrah Mamat


Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku
ada mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka,
orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya.
Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana
rumahnya Zamrah Mamat. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut,
tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku
tinggalkan nota "zamrah tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia
tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah
tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa
ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar-keluar lagi.
Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu
kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan
tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa
perhubungan awak dgn Zamrah. Aku katakan kawan aje....dan dia pun
mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Zamrah
adalah isterinya dan Mamat adalah namanya. Aku malu teramat sangat,
kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku ZAMRAH BTE MAMAT rumah
yang aku datang ni rumah Zamrah dan Mamat.

Bas Tanpa Pemandu



Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah
malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan)
dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan
Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan
kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya
mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun
dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai.
Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan
mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah
gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah
Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak
bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak
jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas
tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak
sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing
kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat
kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak
mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje
yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat
tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik..
tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar
suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India
sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

"Jack, Queen, dan King"



Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?"

Seman mengangkat tangan.

"Betul ke kamu pandai membilang?"

"Tahu Cikgu. Ayah yang ajar."

"Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?"

"Empat."

"Bagus. Selepas enam?"

"Tujuh."

" Selepas sembilan?"

"Sepuluh...", jawab Seman.

"Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana
mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?" tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, "Jack, Queen, dan
King.

Hilang Duit



Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat
dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah
darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah
seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil
menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh
ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi
lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh
ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang, kan
sekarang duit saya ada dua puluh ringgit. Cikgu tak nak tambah ke
dua puluh ringgit lagi?"
Guru : "$$%%%%##??!!!"

BIL TELEFON MELAMBUNG...???



Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil
semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak
gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya
gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat
bekerja. Sama juga dengan saya.

"Pernikahan dan Pengkebumian"



Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis
perkahwinan
ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?

Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang
menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, "Kamu yang
berikutnyakan?" kata mereka.

Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!

Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang
sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.

Cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak
berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting
kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya
seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun
sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang
menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja
di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah
habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama
petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa
yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar
kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Drebar baru kereta sewa (New Taxi Driver)

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha.
Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan
disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut
malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk
mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke
Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha
dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna
bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi,
tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup
untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu
belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya
berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik
kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya
ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena
histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok
penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak
mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya
cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya saja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa,
cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."

"Nenek ngan cucu"



Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri
kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si
ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti
memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku
telah memukul anak orang itu."

"Jangan jadi pengotor, jijik tau"

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan
saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil
tanya kepada ibunya.

"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya

"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.

"Nak kena jentik lagi"



Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego
lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda
mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda
ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai
giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh
panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi lagu Hattan dia nyanyi ...itu
pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya
dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini
telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang
dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan
bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus duduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la
agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti
hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka
bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

"Pak Pandir"

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong
yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di
tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih
panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia
jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat
tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu
dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia
pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik
sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

"Hoi doktor la tu"


Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah
kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan
berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus
rawatan cemas!"

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki tersebut melakukan tugasnya... Jelas
lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu
berkata.

"Kalau encik memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."

"Sejarah Mr Gorsky"

Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi
sejarah!

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong
terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan.
Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one
small step for man, one giant leap for mankind"

Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh
bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia
membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam
sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun
setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu
pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai
masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong
"Good luck Mr. Gorsky".

Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama
pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah
berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah, pada akhirnya
Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah
meningal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika
dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula di tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, ia
sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah.
Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola
itu mendarat dihalaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan
berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Sang empunya rumah
adalah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong kecil sedang merangkak mengambil bola tersebut.
Dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah ke Mr. Gorsky. Dan
jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh
melupakannya seumur hidup.

"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on
the moon!"

"Tak romantik lansung"

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum
bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

"Sahabat tak boleh pakai"

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang,
seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau
bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan
sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di
sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda
cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir,
barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup
dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf...panglima bagi kunci yg salah!!!

"Nasihat"

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan
perniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia
akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang
kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin,
nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak
gerak, jangan turun dulu !" kalau tidak pun dia suka cakap "Next"

4. isteri yang bekerja sebagai polis pun jangan, sebab dia suka cakap
"Stop"

3. Tapi carilah isteri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya
akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan
cakap "Ulangi perkara ini lima kali"

"Kueh donat ngan kopi"

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah
berhijrah ke Malaysia...

Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk
berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat
memesan makanannya sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih
donut dan kopi setiap hari selama satu bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

"Jangan Ketawa"

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal
membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak
henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya
kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.

Pandai anak aku.

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.

Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Ibu: Cis

Jom bunuh setan...

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin
isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran
dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan
isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,
minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan
yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga
syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami
"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk
bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya
tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari
kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Nak tengok keretapi berlanggar!

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia
dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk
diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang
sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu
lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri
kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar."

Murid Tak Boleh Pakai.

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi??" guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..


"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami
semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha"

sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali
bising macam biasa...