"Tingkap Pecah"
Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia
menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah
seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu
keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil
bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.
Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi
dan berkata pada wanita tersebut, "Ayahku akan datang dan
membetulkan tingkap tersebut."
Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan
berkata pada wanita tersebut, "Maaf. Saya mahu membetulkan tingkap
anda..."
Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk
membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap,
budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya
sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.
Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang
upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata,
"Bukankah anda ayahnya?"
Lelaki itu pun berkata, "Apa, bukankah anda ibunya?"
Post a Comment