Telefon.



Satu hari ketika baru saja tiba dari Subang,
Aku singgah sekejap di KLCC.Aku ada something
utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,
tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku
pun terus bergegas ke tandas kat level tu. Masuk
saja kat situ, aku tengok ada 3 bilik air. Satu
tu bertutup, so aku pegi yg disebelahnya.
Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

"Haa,camna sekarang ?" Aku bukan suka nak berbual
ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah cam mana, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler"

Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??"

Iskk.. Aku mula rasa musykil skit.. Tapi aku kata
"Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata "Lepas aku sudah ni,
abis beli brg aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah
tu berkata "Wei, aku call ko balik lepas ni lah,
tiap kali aku tanya soalan kat ko,
mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

interview



Ade satu pagi dengan ade dua org sahabat iaitu Ahmad dan Abu.
Abu ni tengah siap2 nak gi interview dengan jalan kaki,
tapi Ahmad menegur Abu.

Ahmad : Abu!!

Abu : ape??

Ahmad : Semalam kau kate kau ade interview hari nih.

Abu : Yelah tengah siap2 nih. Tak nampak ke?

Ahmad : Yelah maksud aku takkan kau nak gi interview jalan kaki kot.

Abu : Aku semalam bace surat. Lepas tu dalam surat tu ade tulis walk-in interview jadi aku kene jalan kaki lah.

Ahmad : (Dalam hati) Bodohnye kawan aku sorang nih.

Gangster.



Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada
pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,
"Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak. Tembaklah... "

Belalai Gajah.



Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi.
Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk
itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya
lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu
hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki
gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?

Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi.
(kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).

Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?

Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?

Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!

Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya),
Isinya orang ya?

Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!

Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)

Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?

Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar.
(sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

"Anjing Pintar"


Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.
Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran
binatang peliharaan mereka.
Perempuan 1: "Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual
akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku
sedang bersarapan."

Perempuan 2: "Ya, aku tahu tu."

Perempuan 1: (hairan) "Dari mana kau tahu?"

Perempuan 2: "Anjing aku yang cerita."

Sakit Mental.



Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam.
Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan,
doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Kereta Rosak.



Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan.

Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.

Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla.. dengan slow dan berhati-hati.

Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.
Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo 8.
apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan
kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo 8 tu dah tak sedar dah
angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm. Bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..
Cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari,sebuah evo 8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.. Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 8 tu.. kete kancil ngah bagi hon
dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'

"Perkahwinan dan Pengkebumian"



Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis
perkahwinan
ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?

Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang
menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, "Kamu yang
berikutnyakan?" kata mereka.

Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!

Tapi kebiasaan mereka ini terdiam setelah saya melakukan hal yang
sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.

Cis! Tak guna punya bapak.



Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta
Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi
salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya
tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap
bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan
saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai
RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang,
dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak
anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah
berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."

Lawak Buah.



Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga
lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu
dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh,
ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.
Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.
"Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan
tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.
Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas.
Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya,
" Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya,
kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan
kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua,
lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya.
Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil,
lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan.
Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa
ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?"
tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita
tu keluar dengan membawa buah durian!!"

Bapak Buat Silap Mata.



Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik
tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis.
Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis..
Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia
takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket
seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura
membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya.
"Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis.
Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya
lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Khasiat Telur Separuh Masak.

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik.
Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka
mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka
yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan,
terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir lah sendiri........!

Diskaun Hukuman.



Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap
seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman
penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat
undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang.
"Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya,
tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami
diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek.



Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah
dan kebanyakannye samaterpikir kah anda untuk menjawab dengan
jawapan yang betul Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan
jawapannye (tak le boring sangat lebih lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)

1 Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maapsini bukan balai polis

2 Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane

3 Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler buat ape tanye saya

4 Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur

5 Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumahbapak ade pasal rumah ni bapak yang beli

7 Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maapnombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye time kacih

8 Soalan: haloo, tolong panggilkan samad saya nak bercakap dengannye
Jawapan: sila panggil sendirisaya sibukmaap

9 Soalan: halloo
Jawapan: haloo pusat sakit mental disini anda ingin mendaftar?

10 Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya
Jawapan: maap ini bukan kaunter pertanyaan

11 Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi kalau saya masih menjawab betul le tu

12 Soalan: assalammualaikum
Jawapan: waalaikummussalam(tupp!terus letak teponsalam kite wajib
jawab)

Gempa Bumi.



Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat
sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik!
Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan
dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini.
Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun.
Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini
tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda
gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya.
Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia
pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli
ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut.
Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana
waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus
memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit..
tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak
kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak
merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya!
Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Cempedak.



Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu
mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah
kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH
DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu
tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya
untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang...
tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu
lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'

Karipap 3 Seringgit.



Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?
Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul.
Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.
Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar.

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran
rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Anak Kembar Punya Hal.



Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang
rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata
kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat
melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula,
saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki
yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu
kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja
di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan
lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Selamat Pagi Cikgu.


Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Kisah tiga anak dara.



Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai
sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka.
Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan
perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa
mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu
ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan
supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka
walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan,
ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang
dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua
pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing,
si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas,
hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud
yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar
yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud
yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka
yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank".
Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya
bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka,
namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita.
Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu,
mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya
juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan
kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan
"MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum.
Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Kisah Harimau Di Kelantan.



Pada masa yang lampau dan dahulu, maka terdapat la di suatu
kampung yang aman lagi bersih. Kampung ini terletak di KELANTAN.
Pada masa itu, haji Amran Arsyad menjadi seorang ketua kampung
yang adil lagi saksama. Mahu dijadikan cerita, kampung ini diserang
harimau belang. Harimau ini telah membaham ramai manusia. Tak cukup
manusia haiwan ternakan juga ia makan. Ketua kampung menjadi semakin
resah dan takut. Dengan satu suara terus memanggil semua orang kampung.
Maka datanglah semua penduduk kampung itu. Tok ketua telah memilih
3 orang wira kampung yang sudahpun berkahwin.

Tok ketua : Asan, Taib, Nodin, male(malam) ni mu buat la
gapo2(apa2) sebab ore(orang) kapung(kampung) stuju doh mu ore
di jadikan hero besok. Esok mu ore bawok la gapo2 dehh..

Asan, Taib, Nodin : bereh bohhh!!!

Pada malam itu, Asan dan Taib telah memesan isteri mereka
supaya memasak lauk pauk yang sedap2 dek kerana esok nya
dah nak kena tangkap rimau. Pada keesokan hari nya mereka
bertiga berkumpul di rumah tok ketua.

Tok ketua: Hoh.. mari dowh awok2 ni blako. hoh mu asan,
gapo dio mu bawok tuh?

Asan : golok tok!!!! pada masa yang sama sang belang turut berada
di semak berhampiran dan terdengar perbualan mereka itu.

Harimau(dalam hati) : Golok?? ahhh.. stakat golok tu,
dop(tidak) takut la aku.

Tok ketua : hoh mu taib, gapo pulok mu bawok tu?

Taib : Kawe bawo bedil(senapang). kalu kawe napok(nampak)
dio kawe hente(hentam) dio tok.

Harimau : Bedil?? xdan kau bedil kau aku baham.

Tok ketua: bagus2. hoh mu nodin, mu ni blenggang je mu bawok gapo???

Nodin: kawe x bawak gapo2 tok. kawe bawok batang pelir je tok.

Harimau : Hoh???? Batang Pelir??? apo dio plok(pulak) mnate senjato tuh??
hoh.. ini nok keno tanyo ni.. Lalu harimau pun lintang pukang lalu
berada lah dio di perkarangan rumah Nodin. Kebetulan isteri Nodin
tengah menyidai baju di ampaian, lalu terus harimau menerkam.
terkejut isteri lalu menjerit.....

Isteri Nodin: tulunnnnnnnnnnnnnn!!!!....

Harimau : Ehhh kak, jgn jerit kak... kawe nok(nak) tanyo
satu benda je. kak jangan takut. kawe dop make kakok.

Isteri Nodin: Gapo dia dik rimau....??

Harimau : Kak, Gapo dio batang pelir tuh kak??

Isteri Nodin: Huh Biso. kalu mu keno, mu histeria kesakitan,
kekejangan. kalu dia doh tembok(tembak) silap hari bulan perut
mu busung 9 bulan. antara mati hidup je mu. comform..

Harimau bila dengar jer isteri nodin cakap macam tu terus dia gabra dan lintang
pukang la harimau ini mencabutkan dirinya ntah kemana. HABIS....

Jika.


Seorang budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat
di belakang pemandu bas.

Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang gila,
"Jika ayahku seekor lembu jantan dan ibuku seekor lembu betina,
pasti aku akan menjadi anak lembu."

Kata-kata itu pun ia ucapkan berkali-kali…
Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu.

Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam.
Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan
kata-kata lainnya.

"Jika ayahku seekor gajah jantan, dan ibuku seekor gajah betina,
aku pasti akan jadi anak gajah."

Dan seperti sebelumnya kata-kata itupun ia ucapkan berulang kali.

Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat duduk
dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya, anak itu malah
makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang ia ucapkan seperti tadi.

Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu
lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut,
"bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?"

Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, "Aku akan menjadi pemandu bas!!!

"Kueh donat dgn kopi"



Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah
berhijrah ke Malaysia...

Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk
berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat
memesan makanannya sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih
donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar
pula untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke
restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

"Jangan Ketawa"



Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal
membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak
henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya
kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.

Pandai anak aku.



Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu: Jadi?
Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu: Siapa?
Anak: Sayalah.
Ibu: Cis

"STAFF PENIPU"


Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....

Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang
dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat.

Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada
staff ke-9.

Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?

Staff 9:saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...

Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...

"Buku Tidak Bermutu"



Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang
pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, "Saya mahu komplain!"

"Ada apa, Cik?" petugas perpustakaan bertanya.

"Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan
buku tersebut sangat tidak bermutu!" jelas Noni.

"Kenapa pula Cik?"

"Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak
ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar
menarik
, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak
menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!"

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, "Haaa ....
Jadi Cik lah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang
minggu lalu!"

duda dan janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah
nya..anak2nye sume bekerja di bandar...Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda
yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg...Sudah bertahun lama nya mereka
berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian....

Suatu hari..di petang yang redup...si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...Si janda perasan dan datang menegur si duda...

"Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu..." Si duda menunduk seketika..lalu menjawab

"..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan"
Berkerut dahi si janda...kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ...Si duda merenung si janda...lalu dengan kekuatan
yang ade die berkata..."Aku ni kepingin nk berbinikan ko...ko sudi tak?.."...Si janda
tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm...sudi..."...Setelah berborak
seketika...si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah...dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda
petang tadi..adakah dia sudi atau tak...yelah dah tua...memori pendek sket...Setelah
berfikir sejenak...si duda tidak jugak mendapat jawapan...lalu terpksalah die bertanya
sekali lagi kepada si janda...Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tak molek pulak dah malam2 cmni...
"Helo...mak jan..pak uda di sini...aku ingin bertnaya...almaklumlah dah tua mudah lupa...ptg tdi aku bertanya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab" ..Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati, selamat ko telepon aku ..Pak Uda..."...si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertanya
"Kenapa...??"...Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe sape yang ajak aku kawin ptg tadi"

"Hitam dan Putih"


Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"

Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."


Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."


Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."


Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa pacik membezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya?? Padahal jawapan semuanya sama saja.."
Gembala :"Mestilah saya membeza-bezakan, sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

"Ujikaji"



Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...