Ketawa Penawar Duka
Ada 2 orang tua sedang rancak bercerita di sebuah kedai kopi di Kampung Beras Terbakar mengenai Pulau Langkawi.
A : “Baru-baru ni, banyak perkara yang menakjubkan berlaku di Pulau Langkawi. Antaranya orang jumpa pelanduk putih, kera putih dan macam macam lagilah.”
B : “Ini mungkin menunjukkan ada kebenaran dalam kisah Mahsuri yang mengeluarkan darah putih semasa dihukum bunuh.”
A : “Ya, itu memang betul, tapi semalam pula aku nampak satu makhluk mandi di laut pada waktu malam, pun kelihatan putih.”
B : “Apa benda tu?”
A : “Orang putih!”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku tak tahu sama ada aku nak gelak , nak nangis , nak berguling atau nak pelangkung jek si A tuh??? ....

Post a Comment